• Background Image

Bantu Malaysia Kurangkan
1 Juta Kg dalam 6 Minggu.

#1jutakg adalah satu kempen komuniti bermula 5 September hingga 19 Oktober 2015.
Jom Bantu

Malaysia: Negara paling Obes di Asia

Malaysia memerlukan bantuan anda!

Salam dan hi, nama saya Kevin Zahri, juga dikenali sebagai Cikgu Fitness, dan saya amat memerlukan bantuan ANDA.

Pada masa ini, Malaysia adalah Negara yang mempunyai kadar obesity yang tertinggi di Asia. Tidak kira apa jua perbezaan antara kaum, budaya atau politik tertentu, ia adalah masalah yang memberi kesan kepada seluruh lapisan masyarakat dinegara ini. Tiada siapa yang boleh menafikan Malaysia adalah Negara yang rakyatnya kebanyakan mengalami masalah obesity – Oleh itu, kita haruslah memainkan peranan untuk membantu golongan ini untuk mengurangkan masalah berat badan terutamanya bagi membantu generasi akan datang yang lebih sihat dan cergas.

Kita semua pemimpin yang harus memimpin melalui tauladan.

Ayuh rakyat Malaysia, sertai saya dalam gerakan misi yang dipanggil #1jutakg yang bertujuan untuk mengurangkan 1 Juta KG selama enam minggu diseluruh Negara. Ia adalah perjalanan mengurangkan berat badan secara bebas yang bermula pada 5 September 2015 dan anda boleh menjadi sebahagian daripada program untuk membantu dan menggalakkan mereka yang berada disekeliling anda bersama-sama menjayakan program ini.

Ini bukanlah satu perjuangan tertentu yang dikhaskan untuk badan-badan kerajaan, atau guru-guru sekolah; ia adalah perjuangan dimana kita semua terlibat dan mengambil bahagian. Sama ada anda seorang pemimpin politik, tokoh korporat, ibu bapa, adik-beradik, atau seorang yang beriman, kita semua mewakili individu yang mereka boleh jadikan contoh tauladan.

Jom kita bekerjasama untuk membantu Malaysia yang lebih ringan.

Langkah 1:
Pledge KG Anda

Dari sekarang sehingga 5 September 2015, pledge jumlah penurunan berat badan yang anda ingin sumbangkan kepada matlamat satu juta kilogram.

Langkah 2:
Cabaran 6 Minggu

Mulakan cabaran 6 minggu tersendiri anda bersama kawan-kawan atau di tempat kerja pada 5th September sehingga 19th October 2015.

Langkah 3:
Hantar Jumlah Penurunan

Hantar jumlah penurunan berat badan anda dan rakan yang anda wakili selepas 19 Oktober 2015. Kami akan sediakan borang yang ringkas di sini.

ia Percuma!
FREE!
... dan kami bantu anda nanti.
Jom Jadi Pejuang
eBook 100 Tip Kurang Berat Badan

Kami akan lancarkan eBook percuma di sini pada 17 Aug nanti.

Panduan Korporat

Kami akan bimbing anda untuk membawa program ini ke tempat kerja anda.

free learning resources

Selain eBook, anda juga akan terima panduan email, video dan tip di laman social media.

Media Resources

Muat turun logo, brochure, poster #1jutakg untuk memudakan kerja anda jayakannya bersama.

Siapa dan bagaimana untuk menyertai kempen ini?

Sekiranya anda berasa pentingnya untuk melawan masalah obesiti ini, anda boleh menjadi duta dan wakil kepada kempen #1jutakg.

Feature Image
Sendiri dan Kawan-kawan

Tak kira anda sendiri bermasalah atau ingin bantu yang lain. Anda boleh sertai kempen ini sendirian atau bersama kawan-kawan.

Feature Image
Keluarga

Obesiti di kalangan kanak-kanak memang masalah yang besar. Sebagai pemimpin keluarga anda, bawa kempen ini kepada orang tersayang.

Feature Image
Korporat

Jadikan inisiatif #1jutakg sebahagian daripada program wellness anda. Ia percuma dan sesuai untuk gerakan seluruh lapisan pekerja.

Feature Image
Fitness Trainer

Kalau anda seorang personal trainer, bootcamp instruktor atau memiliki gym sendiri, jom bersama membanteras obesiti di Malaysia.

Feature Image
Selebriti

Anda seorang selebriti tanah air dengan ribuan pengikut? Jom gunakan pengaruh besar anda untuk bantu pengikut anda baiki kesihatan diri.

Feature Image
Lain?

Anda pun boleh join. Semua memainkan peranan untuk bantu orang di sekeliling kita. Bukan warganegara? Pun boleh.

Nak jadi Duta #1jutakg?

Tidak kira anda nak bantu diri sendiri, keluarga atau 5000 orang. Setiap KG bermakna!

— Kevin Zahri, kevinzahri.com
Cuba untuk membawa kempen #1jutakg ini kepada ramai orang.

* Kita akan menghantar panduan dan maklumat lebig lanjut nanti. We don’t share your personal info with anyone.

Kenali pemimpin negara yang perlu kurang berat bersama?

Tandatangan petisyen #1jutakg di change.org untuk bantu beliau.

Apa dia #1jutakg? 

#1jutakg kempan negara untuk kurangkan 1 juta kg dalam 6 minggu. Ia diasaskan oleh Kevin Zahri.

Adakah ini kempen kerajaan?

Tidak.

Siapa penaja program ini?

Tiada. Kami mengalu-alukan syarikat yang ingin menyumbangkan kepada projek ini untuk sebarkan info tentang adanya kempen #1jutakg dan sumbangkan KG.

Berapa banyak peserta yang diperlukan?

Perata penurunan berat badan 6 minggu adalah 4kg, jadi untuk merealisasikan satu juta kg, kita perlukan dalam 250,000 hingga 300,000 peserta.

Bagaimana kalau sasaran #1jutakg tidak diperolehi?

Takpe. Kita akan cuba lagi.

Apakah matlamat sebenar kempen #1jutakg?

Untuk gerakkan seluruh negara dan empower rakyat untuk bergantung kepada diri sendiri dalam usaha untuk melawan obesiti.

Soalan lain?
Tweet @1jutakg atau hubungi Kaka di 019 282 7820

eBook Percuma:
100 Tip Kurang Berat badan

Untuk menyokong perjuangan anda dalam usaha kurangkan masalah berat badan Malaysia, kami sediakan eBook 26 muka surat yang penuh dengan panduan dan tip kurangkan berat badan.

Pledge Your Kilos.
Cinema Display